KEDIAMAN mewah Datuk Seri Siti Nurhaliza di Dubai.
KEDIAMAN mewah Datuk Seri Siti Nurhaliza di Dubai.
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Anak tiri kepada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid mendedahkan penyanyi itu membeli sebuah kediaman mewah di Dubai.

Kediaman jenis kondominium yang dipercayai terletak di The Address Beach Resort  itu dianggarkan bernilai RM13 juta.

Asyraf atau Muhammad Asyraf Khalid, 30, berkata, dia tumpang bangga dengan segala usaha keras yang dilakukan Siti dalam bidang seni dan perniagaan.

"Tahniah Mak Iti ( panggilan Siti) kerana berjaya memiliki kediaman pertama di Dubai. Saya sangat gembira dan bangga melihat kejayaan Mak Iti.

"Kejayaan ini juga menjadi inspirasi buat saya dan Tya untuk lebih berjaya," tulis Asyraf di Instagram Story miliknya.

Menurut Asyraf, dia turut memasang impian untuk mencapai kerjayaan dan dimurahkan rezeki.

"Doakan satu hari nanti, saya boleh ikut jejak langkah Mak Iti. Saya doakan Allah akan murahkan rezeki lagi untuk ayah dan Mak Iti.

"Mak Iti memang layak untuk menerima semua ini atas segala usaha dan penat lelah yang dilakukan selama ini. Harapnya lepas ni kalau ke Dubai, dah tak perlulah sewa hotel," katanya.

Sebelum itu, Siti menerusi Instagram Story mendedahkan membeli rumah baru di Dubai.

Dalam perkongsian itu, Siti meluahkan rasa syukur dan berkongsi ruang kediaman dan pemandangan yang dikelilingi dengan bangunan pencakar langit.

"Alhamdulillah, home sweet home," tulisnya.

Kehadiran Siti di Dubai turut ditemani suami dan anak-anaknya. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Disember 2022 @ 2:07 PM