ASYRAF Khalid berkongsi foto wajah anak kedua Datuk Seri Siti Nurhaliza di Instagram. FOTO IG
ASYRAF Khalid berkongsi foto wajah anak kedua Datuk Seri Siti Nurhaliza di Instagram. FOTO IG
Syafil Syazwan Jefri

 

Kuala Lumpur: Usahawan yang juga anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid berkongsi foto wajah anak kedua penyanyi nombor satu negara itu di Instagram.

Dalam hantaran itu, Asyraf meluahkan rasa teruja menyambut kehadiran adik lelaki yang selamat dilahirkan pagi, hari ini.

"Alhamdulillah, pagi ini pada jam 6.21 pagi, saya dikurniakan seorang lagi adik lelaki dengan berat 3.84 kilogram. Alhamdulillah, bayi sihat dan semuanya berjalan lancar. 

"Tahniah ayah dan Mak Iti (Siti). Syukur semuanya berjalan lancar untuk Mak Iti," tulisnya. 

Dalam hantaran sama, suami kepada pelakon dan penyanyi, Tya Arifin itu turut mendoakan agar semua urusan ayah dan ibu tirinya dipermudahkan. 

"Semoga Allah permudahkan segala urusan Mak Iti dan ayah untuk membesarkan bayi yang baru lahir ini supaya menjadi anak yang soleh dan anak yang berbakti kepada agama kita, keluarga kita serta seluruh umat Muhammad," tulisnya.

Asyraf turut memaklumkan video penuh membabitkan anak kedua Siti itu boleh ditonton di saluran YouTube isterinya, Tya Ariffin.

Sementara itu, Tya juga turut menulis ucapan tahniah buat Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. 

"Selamat datang ke dunia 'baby boy'. Tahniah Mak Iti, ayah dan keluarga. Tya doakan semoga bayi ini menjadi anak yang beriman, soleh dan berbudi pekerti. 

"Saya sangat teruja! Nak bau bayi, nak cium, mandikan dan dukung," tulisnya.

Siti dan suami yang berkahwin pada 21 Ogos 2006 dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun juga menerusi proses IVF.

Berita berkaitan

  • Siti Nurhaliza selamat bersalin anak kedua
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 April 2021 @ 1:11 PM