JANNA Nick gigih bersenam.
JANNA Nick gigih bersenam.
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon Janna Nick, 27, mencabar dirinya untuk menurunkan berat badan selepas didakwa hubungannya dengan pelakon Dini Schatzmann dilanda masalah kerana bentuk fizikalnya yang gemuk. 

Janna berkata, dia mahu menjadikan kata-kata negatif itu sebagai pembakar semangat untuk mencapai tubuh badan yang ideal.

"Saya sejenis kembang kecut. Nak kecut sekejap, nak kembang pun sekejap.

"Tapi tak mengapa. Orang prihatin. Jadi kita bersenam lah. Gemuk boleh kurus. Tak ada masalah. Bagi saya satu minggu okay," katanya.

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya, Janna berkongsi video dirinya melakukan beberapa teknik senaman.

Rata-rata netizen dan rakan selebriti memberikan kata-kata semangat dan menasihatkan  pelakon itu untuk  mengabaikan segala komen negatif.

"Tak mengapa. Badan turun naik tak masuk neraka. Yang hati busuk mulut jahat itu?," tulis pelakon Alif Hadi.

"Kita ini biar gemuk janji hati tak busuk," kongsi seorang pengikut.

Sebelum ini, nama Janna menjadi buah mulut ramai apabila hubungan cintanya dengan Dini didakwa bermasalah.

Namun, spekulasi kisah putus cinta itu dikatakan hanya sekadar gimik selepas kelibat mereka berdua kelihatan dalam video TikTok pelakon Alvin Chong.

Malah, ketika ditemui media, Dini mengambil pendekatan untuk mengunci mulut berhubung isu cinta terkandas itu.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Disember 2022 @ 4:35 PM