Antara nama yang disebut sebagai bakal pengacara baharu Melodi. - FOTO TV3
Antara nama yang disebut sebagai bakal pengacara baharu Melodi. - FOTO TV3
Muhammad Najmir Razaman

RANCANGAN hiburan tempatan, Melodi akhirnya akan memperkenalkan pengacara terbaharu mereka pada 7 Ogos 2022.

Seperti sedia maklum, Ain Edruce secara rasminya menggantikan Nabila Huda sebagai pengacara Melodi bermula Julai lalu.

Ain sebelum ini digandingkan dengan beberapa pengacara jemputan antaranya Izzue Islam, Sharnaaz Ahmad dan Shalma Aina.

Seorang lagi pengacara tetap akan diperkenalkan bagi menerajui program tersebut pada episod minggu ini.

Antara dua nama yang sering disebut orang ramai ialah Haziq Hussni dan Sean Lee.

Haziq Hussni menjadi antara pilihan untuk mengacarakan rancangan Melodi kerana pengalamannya dalam bidang pengacaraan yang tidak mampu lagi disangkal. 

Pengalaman sebagai hos bagi Anugerah Juara Lagu Ke-34 juga menunjukkan kredibiliti dan bakat beliau dalam bidang ini.

Sean Lee yang pernah mengacarakan Mbuzz pula diyakini tidak kekok dalam mengacarakan rancangan hiburan seperti ini. 

Walaupun hadir dalam industri sebagai pelakon, Sean juga menerima pelbagai tawaran sebagai pengacara bagi pelbagai rancangan hiburan. 

Bagi mengetahui siapa yang bakal digandingkan bersama Ain Edruce, jangan lupa saksikan Melodi Ahad ini jam 12:30 tengah hari.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Ogos 2022 @ 10:10 AM