Nurshafika Suhaimi

SEMPENA hari gaji yang bakal tiba tak lama lagi, "Wow Dah Gaji" menyajikan pelbagai tawaran menarik bermula 25 Oktober ini.

Penonton berpeluang membeli barang WOWSHOP secara dalam talian dalam rancangan ini sambil berhibur dengan selebriti kegemaran anda.

Pelbagai  produk menarik dari WOWSHOP seperti Le Nona Dining Ware, Habib Bracelet, Hyperack, dan Mugen Smart Pressure Cooker akan ditawarkan dengan promosi-promosi hebat pada harga yang tiada tandingan.

Bukan itu saja, terdapat segmen menarik dengan selebriti, persembahan nyanyian, dan permainan menarik juga ada di rancangan ini.

Kali ini, rancangan ini akan dihoskan Fiza Frizzy dan Fizi Ali serta penampilan istimewa daripada barisan selebriti tanah air popular seperti Khai Bahar, Nabila Razali, Faizal Tahir, Sharif, dan Syaiful dari Zero bagi menghiburkan penonton. 

Jangan lepaskan peluang untuk saksikan "Wow Dah Gaji" secara langsung pada 25 Oktober ini di saluran TV3 dari jam 9 malam hingga 10 malam atau tonton HD di aplikasi Tonton.

Anda tidak perlu bimbang jika terlepas episod yang disiarkan di kaca TV kerana anda boleh mengikuti siaran ulangan di TV9, jam 10 malam.

Sebarang pembelian boleh dibuat melalui panggilan atau layari laman sesawang www.wowshop.com dan kini anda juga boleh membuat pembelian di Tiktok Live.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Oktober 2023 @ 3:50 PM