Kemunculan semula kek durian lava yang dinantikan.- FOTO Domino’s
Kemunculan semula kek durian lava yang dinantikan.- FOTO Domino’s
Nurmastura Zulkafli

KEMBALI atas permintaan ramai, Domino's membawakan semula hidangan pencuci mulut yang dinantikan peminat raja buah, kek durian lava.

Menggunakan isi durian gred D24 yang sebenar bersama kek dan dibakar sehingga perang keemasan. Tiada siapa mampu menolak rasa dan keharuman kek ini.

Domino's mengajak peminat setia durian untuk tidak melepaskan peluang menikmati sendiri hidangan istimewa ini.

Kek durian lava kembali bagi meraikan cinta rakyat Malaysia terhadap raja buah itu.

Kebiasaannya, durian hanya popular di pertengahan tahun, namun Domino's membawakan pencuci mulut kek durian lava buat peminatnya yang mengidam durian di luar musim.

Berikutan sokongan hebat dan respon positif ketika diperkenalkan April lalu, ia kembali bersama tawaran menarik bagi memastikan pencuci mulut ini menepati kehendak pelanggan dari segi kualiti dan rasa.

Tarikan utama kek ini terletak pada lava yang pekat dan lembut. Bau wangi dan serat durian pula menambahkan lagi kenikmatannya.

Dibakar dengan aluminium foil bagi mengekalkan kehangatannya, kek ini enak dinikmati pada bila-bila masa.

Promosi beli satu percuma dua

Kek durian lava yang menyelerakan ini boleh didapati di semua kedai Domino's seluruh negara dan menjadi sebahagian daripada menu kempen "Everyday Value" 'Beli 1 Percuma 2'.

Pesan pizza bersaiz regular, large atau Xtra large, anda akan dapat satu lagi pizza bersaiz regular dan hidangan roti pilihan atau Banana Kaya dan Cheesy Stix atau Crazy Chicken Crunchies dan kek coklat lava secara percuma. 

Terdapat tiga tawaran 'Beli 1 Percuma 2' boleh dijadikan pilihan iaitu:

  1. 'My, Myself and I' - naiktaraf kek coklat lava kepada kek durian lava pada harga RM4.90
  2. 'Geng' - naiktaraf pilihan roti kepada kek durian lava pada harga RM7.90
  3. 'Aku & Dia' - naiktaraf Banana Kaya kepada kek durian lava pada harga RM7.90.

Jika keliru atau tidak mahu menukar pilihan roti kepada kek durian lava, anda juga boleh menambahnya ke dalam pesanan pada harga hanya RM12.90 atau membelinya secara ala-carte pada harga RM13.90.

Berminat untuk menikmati tawaran menarik bagi memenuhi keinginan dan cita rasa anda? Nantikan tawaran tambahan Domino's pada masa akan datang!

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi Domino's Pizza Malaysia yang sedang berlangsung, layari www.dominos.com.my

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Disember 2020 @ 4:46 PM