SARAH (kanan) menyertai tentera udara AS
SARAH (kanan) menyertai tentera udara AS
Zaara Talita

Kuala Lumpur: Pelakon Sarah Hilderbrand memaklumkan dirinya terpilih menjadi salah seorang kadet tentera udara Amerika Syarikat (AS).

Menerusi Instagram, wanita berdarah campuran AS, Jerman dan Melayu itu berkongsi secara rasmi yang dia telah menyertai tentera udara dan seperti bersedia untuk mula berkhidmat dalam pasukan beruniform berkenaan.

Sarah atau Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 32, turut berkongsi beberapa gambar dan video selain kapsyen pendek yang menyatakan segalanya tidak mustahil dan luahan kesyukuran atas pencapaiannya itu.

"Tiada apa yang mustahil (Anything is possible).

"Saya sungguh bersyukur dan gembira dengan kejayaan ini (So grateful for so much)," tulisnya.

Turut dikongsikan keputusan ujian Armed Services Vocational Aptitude Battery (ASVAB) yang diperolehi.

SARAH tidak lagi menerima tawaran berlakon
SARAH tidak lagi menerima tawaran berlakon

Ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat di atas keputusan yang diambil Sarah untuk terjun ke bidang ketenteraan.

Pelakon dan pengacara kelahiran Kuala Lumpur itu mengumumkan sudah bersara daripada industri seni hiburan tanah air sekitar April lalu.

Dalam pada itu, dia turut memaklumkan tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon mahupun pengacaraan.

Terdahulu, Sarah berkahwin dengan seorang lelaki warganegara AS bernama Otto Gillen pada 3 November 2019.

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Julai 2022 @ 11:27 PM