SARAH bergandingan dengan pelakon popular dalam Y Sebuah Muzikal di Istana Budaya bulan depan.
SARAH bergandingan dengan pelakon popular dalam Y Sebuah Muzikal di Istana Budaya bulan depan.
Oleh Ramlah Zainal


Berdarah kacukan Melayu, Jerman dan Amerika Syarikat serta berpengalaman di pentas peragaan bukan bermaksud pendatang baru Sarah Hildebrand, 25, mendapat laluan mudah sebagai pelakon.

Kehadiran bekas juara program Gadis Muka Dua (Gadis M2) ini bersandarkan minat mendalam dan kerja keras yang bukan sedikit.

Secara peribadi, pemilik nama sebenar Nur Sarah Marie Hildebrand ini mengakui dia juga terpaksa mengambil kelas lakonan dan menghadiri proses uji bakat untuk mendapat tawaran berlakon.

“Jika hanya bersandarkan paras rupa kacukan saja tidak cukup untuk mendapat tempat dalam bidang seni. Sebab itu saya menafikan tanggapan itu kerana saya juga melalui proses sama dengan pelakon lain untuk mendapat tawaran berlakon.

“Mungkin suatu ketika dulu, pelakon berdarah kacukan memiliki kelebihan itu, tetapi kini tidak lagi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2015 @ 7:17 AM