Kim Garam.
Kim Garam.
Agensi

Seoul: Seorang lagi individu tampil mendedahkan pernah menjadi mangsa buli penyanyi baharu Kim Garam, 17, selepas kontroversi dia kaki buli tercetus baru-baru ini.

Pendedahan itu dibuat menerusi mesej langsung (DM) di Instagram di mana individu terbabit mendakwa dia pernah menjadi rakan sekelas penyanyi berkenaan.

"Pernah satu kali saya jatuhkan bekas pensilnya dan minta maaf serta memungutnya kembali. Tapi Kim Garam herdik saya dan ejek adakah saya buta.

"Ini kerana ibu saya pun orang kelainan upaya dan menyindir saya agar jangan berjalan kalau buta. Gengnya pun mula kacau saya keesokan harinya di sekolah dan di Facebook.

"Saya teringin nak dedahkan sendiri mengenainya tapi takut kalau jadi mangsa balas dendam," katanya yang identitinya dirahsiakan.

Kim Garam yang juga anggota kumpulan LE SSERAFIM terpaksa direhatkan kurang tiga minggu selepas kumpulan itu diperkenalkan.

Terdahulu, seorang mangsa bulinya iaitu Yoo Eunseo tampil bersuara mengenai sikap sebenar penyanyi terbabit.

Kemudian disusuli kenyataan rasmi daripada agensi pengurusannya HYBR yang memperincikan cerita sebenar pihak Kim Garam pula.

Terdapat juga dakwaan bahawa pengarah dari agensi terbabit pergi ke sekolah Yoo Eunseo dan cuba menutup mulut orang lain di sana.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mei 2022 @ 3:05 PM