X
Mamat Khalid rebah di kafe.
Mamat Khalid rebah di kafe.

Kuala Lumpur: Pengarah filem terkenal, Mamat Khalid rebah ketika sedang bermain keyboard semasa membuat persembahan bersama sebuah kumpulan di kafe miliknya, Sarang Art Hub di Tanjung Malim, malam tadi. 

Menurut seorang rakan rapat Mamat, Allahyarham dipercayai mendapat serangan jantung sebelum tiba-tiba rebah kira-kira jam 10.30 malam tadi. 

Katanya, Allahyarham cuba diselamatkan anggota perubatan yang tiba tidak lama kemudian, namun meninggal dunia ketika dalam ambulans. 

Jenazah dibawa ke Hospital Slim River sebelum dibawa ke rumahnya di Ipoh, Perak dan disolat di Masjid Sungai Rokam, Ipoh, hari ini. 

Jenazah Mamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Paloh, Ipoh selepas Zuhur, hari ini. 

Allahyarham Mamat meninggalkan seorang balu, Hasmah Hassan dan lima anak. 

Mamat yang juga adik kepada kartunis tersohor, Datuk Lat cukup sinonim dengan genre komedi. 

Antara yang popular ialah Zombie Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Hantu Kak Limah, Rock, Rock Oo!, Rock Bro, Man Laksa, Kala Malam Bulan Mengambang, Lang Buana dan banyak lagi. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Oktober 2021 @ 11:02 AM