Fazli Zainal
Fazli Zainal
Syafil Syazwan Jefri

 

Kuala Lumpur: "Masih lagi di ICU."

Itu jawapan ringkas penyanyi, Fazli Zainal yang masih lagi ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang, di sini selepas dilaporkan positif Covid-19 baru-baru ini.

Fazli yang popular menerusi lagu Harapan ketika dihubungi berkata, dia juga masih lagi memerlukan bantuan oksigen.

"Saya masih lagi bergantung dengan 'double oxygen'. Setakat ini, doktor masih perlu pantau keadaan saya setiap hari," katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Fazli memohon doa daripada peminat dan kenalan agar segera diberi kesembuhan.

"Saya tidak dapat memberikan banyak jawapan dalam keadaan sekarang. Doakan saya ya," katanya.

Terdahulu, Fazli dikejarkan ke Hospital Ampang selepas tahap oksigennya menurun sehingga 75 peratus pada 31 Julai lalu.

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Ogos 2021 @ 2:54 PM