Pelakon, Fazura dan Fattah Amin menyampaikan sumbangan kasut dan duit raya kepada anak anak yatim dari Rumah Cahaya Kasih Kota Damansara sambil disaksikan oleh Country Manager Bata Malaysia, Ajay Ramachandran di Bata Suria KLCC. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN
Pelakon, Fazura dan Fattah Amin menyampaikan sumbangan kasut dan duit raya kepada anak anak yatim dari Rumah Cahaya Kasih Kota Damansara sambil disaksikan oleh Country Manager Bata Malaysia, Ajay Ramachandran di Bata Suria KLCC. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN
Oleh Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon Nur Fazura terkejut apabila namanya tiba-tiba menjadi 'trending' di Twitter sejak malam tadi berikutan ciapannya mengenai lemang.

Fazura berkata, dia ada memuat naik ciapan mahu mencari lemang yang lembut dan lemak masin. Dia beranggapan tulisannya itu disalah tafsir sehingga menjadi bahan jenaka netizen.

"Semalam saya cuti dan tak tengok telefon sangat. Saya banyak luangkan masa bersama Fatima yang baru tumbuh gigi.

"Disebabkan ramai yang bertanya, saya ingatkan nama 'trending' sebab kesilapan sewaktu membuat ciapan mengenai lemang ," katanya ketika ditemui pada majlis meraikan 30 anak yatim dari Rumah Cahaya Kasih di salah satu cawangan Bata di pusat beli-belah Suria KLCC, di sini, hari ini.

Fazura berkata, dia memang berniat untuk mencari lemang begitu kerana memang menyukainya.

Katanya, pada mulanya dia tidak terfikir apa punca namanya menjadi 'trending' di Twitter kerana tidak mengikuti sangat apa yang berlaku.

Dalam pada itu, Fazura dan suaminya Fattah Amin menzahirkan rasa gembira apabila dapat bersama-sama meraikan anak-anak yatim pertubuhan itu yang sebelum ini kurang mendapat perhatian berbanding pertubuhan atau rumah anak yatim lain.

Pasangan itu turut menghulurkan duit raya kepada 30 anak yatim terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 April 2021 @ 2:58 PM