NUR Fazura
NUR Fazura
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Tindakan selebriti terkenal Nur Fazura yang tidak 'gentar' memuat naik kandungan terkini konflik Palestin - Israel di akaun media sosialnya meraih pujian daripada pengikut.

Fazura yang sehingga hari ini konsisten memuat naik kisah penderitaan rakyat Palestin yang terus dibedil rejim Zionis Israel disifatkan sebagai wanita yang hebat.

Malah terdapat netizen yang memuji keberaniannya itu dan membandingkan sikap selebriti lain yang lebih memilih berdiam diri mengenai kekejaman yang berlaku.

"Fazura awak seorang yang hebat. Di saat kebanyakan selebriti mengambil langkah berdiam diri dan lebih mementingkan poket sahaja, awak masih Iagi teguh dengan pendirian bebas Palestin. Semoga Allah kurniakan rezeki untuk Fazura sekeluarga," tulis netizen.

Dalam hantaran sama, terdapat juga pengikut yang berpendapat tindakan selebriti yang tidak memuat naik hantaran konflik Palestin-Israel kerana bimbang akaun media sosial mereka disekat.

"Selebriti lain takut akaun kena 'block', syabas Fazura," tulis seorang lagi pengikut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 April 2024 @ 12:46 PM