PEMINAT mendoakan Laudya Cynthia Bella.
PEMINAT mendoakan Laudya Cynthia Bella.
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Selepas bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin berkahwin dengan Noor Nabila Mohd Noor semalam, peminat Laudya Cynthia Bella di Indonesia turut mendoakan dia segera bertemu jodoh dengan Dimas Beck.

Dimas adalah rakan seperjuangan Bella ketika menganggotai kumpulan Bukan Bintang Biasa (BBB).

Bella dan Dimas sebelum ini pernah menegaskan bahawa hubungan mereka hanya sekadar rakan seperjuangan.

BBB yang ditubuhkan penyanyi dan komposer Melly Goeslaw pada 2006 turut dianggotai Raffi Ahmad, Ayushita dan Chelsea Olivia.

Sementara itu, semakan Harian Metro di media sosial pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan itu mendapati Bella tidak memuat naik sebarang ucapan atau komen mengenai perkahwinan bekas suaminya itu.

Di Instagram story, Bella cuma memuat naik videonya dan juga perkongsian mengenai ceramah agama seperti mana yang sering dikongsikannya.

Bella dan Emran berkahwin pada 8 September 2017 dan bercerai Julai tahun lalu. Perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mac 2021 @ 2:37 PM