BTS ketika persembahan dari Korea Selatan bagi MTV Video Music Awards, Ogos lalu. FOTO AFP/MTV
BTS ketika persembahan dari Korea Selatan bagi MTV Video Music Awards, Ogos lalu. FOTO AFP/MTV
BERNAMA

Seoul: Bintang terkenal K-pop BTS meraih empat kemenangan di People's Choice Awards 2020, kata penganjur acara tersebut.

Kumpulan itu memenangi kategori Kumpulan 2020, Lagu 2020, Muzik Video 2020 dan Album 2020 pada acara tahunan itu, yang diadakan secara dalam talian pada Ahad, lapor agensi berita Yonhap.

Lagu Hit Dynamite yang mengungguli carta Billboard membantu kumpulan itu memperoleh anugerah pertama dalam lagu terbaik dan video muzik terbaik, manakala album penuh keempatnya, "Map of the Soul: 7," yang dikeluarkan pada Februari, dinamakan album teratas untuk 2020.

Pada 2018, BTS juga memenangi empat anugerah iaitu kumpulan, lagu, video muzik dan selebriti sosial terbaik- -di majlis anugerah Amerika, mengenali mereka yang terlibat dalam perniagaan persembahan, termasuk filem, rancangan TV dan muzik pop berdasarakan undian dalam talian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 November 2020 @ 4:44 PM