HAIZA HANAFI
HAIZA HANAFI
Sudirman Mohd Tahir

 

Siapa cakap muzik dangdut sudah 'mati'? Siapa cakap muzik dangdut tiada kelas?

Semua sangkaan itu meleset apabila kebanyakan golongan muda terutama 'kaki TikTok' hari ini layan muzik dangdut.

Perkara itu turut diakui penyanyi dangdut, Haiza Hanafi yang menyifatkan irama itu masih hidup dan terus diminati.

"Ternyata muzik dangdut itu masih hidup. Siapa kaki TikTok 'confirm' layan. Mana dulu yang pandang bla bla bla (tidak ambil peduli), 'last last' dia yang goyang bagai nak rak.

"Sudah cakap, muzik itu menyatukan kita. Jangan beza-bezakan sayang. Teruskanlah berkasih sayang okay. Sebarkan," katanya.

Hantaran yang dimuat naik Haiza di Instagram Story itu turut disokong penyanyi, Amelina.

Amelina yang mendapat jolokan Ratu Dangdut itu mengakui apa yang diperkatakan penyampai radio Kool FM itu.

'Love this. Betul sis," tulis Amelina ringkas.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2020 @ 2:52 PM