Agensi

Pelakon Robert Pattinson dilihat kembali ke lokasi penggambaran filem The Batman selepas berehat seketika akibat positif Covid-19 seperti yang dilaporkan awal bulan lalu.

Menerusi laporan media antarabangsa, Robert menjalani penggambaran untuk babak arahan Matt Reeves bergandingan bersama Zoƫ Kravitz yang memegang peranan sebagai Selina Kyle dan Catwoman.

Turut kelihatan adalah pelakon Colin Farrell yang memegang peranan sebagai Penguin dan penampilannya dengan solekan kesan khas nyata berbeza sehingga tidak dapat dikenali.

Penggambaran babak itu dilakukan di luar St George's Hall di Liverpool, England.

Sebelum Robert kembali, produksi The Batman sudah memulakan semula penggambaran pada 17 September lalu.

The Batman sepatutnya ditayangkan pada Jun tahun depan tetapi ditunda ke Oktober. Namun, akibat pelbagai kekangan lain, tarikh tayangannya ditunda lagi ke 4 Mac 2022.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Oktober 2020 @ 2:05 PM