ROBERT PATTINSON
ROBERT PATTINSON
Agensi

London: Penggambaran filem adiwira The Batman yang tergendala pada Mac lalu akibat bintang utamanya, Robert Pattinson positif Covid-19 disambung semula.

Jurucakap Warner Bros Pictures, filem terbabit kini disambung semula di studio di luar London, United Kingdom.

"Selepas sesi penggambaran ditangguhkan bagi menjalani proses kuarantin, kini The Batman kembali diteruskan," katanya kepada portal Variety.

Khabar angin itu mula menjadi kecoh pada 3 September lalu apabila penerbit filem berkenaan mengesahkan bahawa seorang daripada pekerja yang menjalani penggambaran filem itu disahkan positif Covid-19.

Walaupun tidak dinyatakan identiti individu yang positif, namun media sosial Pattinson dibanjiri dengan komen netizen yang mendoakan kesihatannya selain media di Hollywood mendedahkan pelakon itu adalah individu yang positif wabak itu.

The Batman yang diadaptasikan dari komik dengan judul sama diarah oleh Matt Reeves dan Pattinson melakonkan watak Batman dan Bruce Wayne.

Ia dijangka ditayangkan pada Oktober tahun depan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 September 2020 @ 12:26 PM