FILEM tempatan, antarabangsa bakal menggegarkan panggung wayang.
FILEM tempatan, antarabangsa bakal menggegarkan panggung wayang.
Syafil Syazwan Jefri


SETIAP kali menjelangnya tahun baharu, antara perkara yang dinantikan adalah kehadiran filem-filem baharu dari dalam dan luar negara.

Berikut adalah beberapa filem yang bakal menggegarkan pawagam pada 2022 ini.

Gila Gusti (Januari 2022)

Filem tempatan, Gila Gusti nampaknya mencuri tumpuan apabila mengetengahkan jalan cerita mengenai sukan gusti di samping elemen lucu dan kekeluargaan.

Diarahkan Silver Chung, filem ini turut dibintangi ahli gusti profesional, Ayez Shaukat Fonseka dan Nor 'Phoenix' Diana di samping Gotham, Syafie Naswip, Elizabeth Tan, Aisar Khaled, Pekin Ibrahim, Datuk Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.

The Batman (Mac 2022)

Bagi peminat setia Robert Pattinson, tentunya kehadiran filem The Batman memang dinanti-nantikan. Memegang peranan sebagai Bruce Wayne atau Batman, tentunya Pattinson akan membawa sisi berbeza dalam filem ini.

Selain Pattinson, The Batman juga turut dibintangi Colin Farrell, Paul Dano dan Jeffrey Wright.

Jurassic World : Dominion (Jun 2022)

Filem sekuel Jurassic World: Dominion bakal menggegarkan pawagam pada Jun 2022. Kali ini, ia akan membawa penonton untuk melihat bagaimana manusia perlu mengadaptasi kehidupan dengan adanya dinosaur.

Jurassic World: Dominion dibintangi Chris Patt, Bryce Dallas Howard, Sam Neill, Jeff Goldblum, Laura Dern, Daniella Pineda dan ramai lagi.

Black Panther: Wakanda Forever (Julai 2022)

Bagi peminat watak Black Panther, tentunya kehadiran filem Black Panther: Wakanda Forever menjadi filem yang dinanti-nantikan.

Tanpa kehadiran bintang utamanya iaitu Chadwick Boseman yang meninggal dunia tahun lalu, tentunya filem yang bakal ditayangkan pada Julai ini akan membawa jalan cerita yang berbeza.

AVATAR 2
AVATAR 2

Avatar 2 (Disember 2022)

Bagi mereka yang pernah menonton filem Avatar yang ditayangkan pada 2009, anda tentunya tak sabar menantikan kehadiran filem sekuel berjudul Avatar 2.

Filem ini dibintangi dua teraju utama iaitu Sam Worthington dan Zoe Saldana.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 January 2022 @ 6:15 AM