JUSTIN Townes Earle
JUSTIN Townes Earle
Agensi

PENYANYI muzik Country, Justin Townes Earle yang juga anak penyanyi rock Steve Earle meninggal dunia pada usia 38 tahun, hari ini.

Punca kematian Earle bagaimanapun masih belum diketahui dan berita sedih itu dikongsikan anggota keluarga di akaun Instagram miliknya.

"Kami sangat-sangat berduka untuk mengumumkan anak lelaki, suami, bapa, dan sahabat kami Justin sudah tiada. 

"Ramai daripada kamu pernah bergantung menerusi muziknya selama bertahun dan kami harap muziknya akan terus mengiringi perjalanan kamu," demikian perkongsian itu.

Earle memulakan kariernya pada 2007 menerusi EP berjudul Yuma. Dia kemudian menghasilkan sembilan album di bawah label Bloodshot Records label.

Dia meninggalkan seorang isteri iaitu Jenn Marie, dan seorang anak perempuan, Etta yang berusia tiga tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Ogos 2020 @ 5:36 PM