SAIFUDDIN (tiga dari kiri) bersama Shairan Huzani (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran label baru produk minyak pelincir Helix, semalam.
SAIFUDDIN (tiga dari kiri) bersama Shairan Huzani (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran label baru produk minyak pelincir Helix, semalam.
Lizam Ridzuan

Kuala Lumpur: Shell Malaysia melalui Shell Malaysia Trading Sdn Bhd menawarkan tambahan kelebihan untuk produk minyak enjin Shell Helix dengan label baru iaitu Untuk Pasaran Malaysia yang diperkenalkan semalam.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Shairan Huzani Husain berkata, label baru bahagian hadapan dengan kod QR itu bertujuan untuk pengesahan ketulenan produk dan pada bahagian belakang maklumat dalam bahasa Malaysia dan Inggeris disediakan.

“Ia pelaburan strategik syarikat bagi melindungi kepentingan pemilik kenderaan serta rakan niaga mendapatkan produk tulen sah yang memberi kelegaan kepada pengguna serta menangani produk palsu dalam pasaran,” katanya ketika pelancaran di Kuala Lumpur, semalam.

Melalui kod QR, ia membolehkan pelanggan melakukan pendaftaran mudah untuk program ganjaran Shell Advantage Rewards (SHARE) untuk bonus pendaftaran, Waranti Enjin Shell Helix (SHEW) dan produk Shell Helix percuma untuk servis yang keempat (tertakluk kepada terma dan syarat).

Kelima-lima produk iaitu Shell Helix Ultra 5W 40 (4L); Shell Helix HX7 10W 40 (4L); Shell Helix HX7 5W 30 (4L); Shell Helix HX5 10W 30 (3L) dan Shell Helix HX5 15W 40 (4L) kini diadun dan dipek di Shell Lubricants Oil Blending Plant di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Tambahnya, tiada sebarang perubahan kepada formulasi minyak enjin yang dibuat di negara ini dan pengguna akan terus menikmati prestasi enjin yang ungggul walaupun dalam keadaan pemanduan lasak.

Pengenalan label Untuk Pasaran Malaysia akan berterusan sehingga Januari tahun depan.

Katanya, dalam tempoh peralihan itu, produk Shell Helix label lama masih berada di pasaran dan boleh disahkan melalui kod produk unik pada label.

Minyak enjin Shell Helix boleh didapati bagi pasaran Malaysia di bengkel berjenama Shell Helix serta bengkel terpilih dengan pengedar Shell berdaftar, cawangan stesen runcit Shell serta melalui kedai atas talian rasmi Shell Malaysia iaitu Lazada Malaysia, 11street dan Shopee.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 September 2018 @ 11:59 AM