(DARI kiri) Misha, Siti Sarah dan Noryn menitis air mata ketika berkongsi suka duka menjalani latihan sebelum Konsert Soul Sisters. FOTO Owee Ah Chun
(DARI kiri) Misha, Siti Sarah dan Noryn menitis air mata ketika berkongsi suka duka menjalani latihan sebelum Konsert Soul Sisters. FOTO Owee Ah Chun
GANDINGAN mantap (dari kanan) Siti Sarah, Misha Omar dan Noryn Aziz menyanyikan 16 lagu secara medley menerusi empat segmen. FOTO Owee Ah Chun
GANDINGAN mantap (dari kanan) Siti Sarah, Misha Omar dan Noryn Aziz menyanyikan 16 lagu secara medley menerusi empat segmen. FOTO Owee Ah Chun
Sudirman Mohd Tahir


TIGA penyanyi, Misha Omar, Noryn Aziz dan Siti Sarah tidak dapat menahan air mata ketika berkongsi pengalaman yang mereka lalui sepanjang dua bulan menjalani latihan konsert Soul Sisters.

Menurut Misha, mereka berkongsi banyak perkara bukan saja nyanyian tetapi juga membabitkan kisah peribadi.

“Ini yang membuatkan saya sedih. Malah kami pernah hampir putus asa kerana ini pengalaman pertama bergabung sebagai trio dalam satu persembahan berskala besar.

“Macam Noryn, dia ada latar belakang muzik. Jadi, saya dan Sarah banyak rujuk pada dirinya. Malah, kami kena buat yang lebih baik juga.

“Lagi pula, perkara ini bukan boleh buat dalam tempoh dua atau tiga hari. Macam hari ini, kami beri tenaga pada Noryn memandangkan dia ada masalah kesihatan,” katanya.

Sementara itu, Noryn berkata, meskipun dihimpit kemelut rumah tangga dan masalah kesihatan, ia tidak membuatkan dirinya berputus asa untuk meneruskan persembahan.

“Apabila masalah vokal melanda, saya banyak merujuk pada Datuk Syafinaz Selamat selaku pengarah vokal. Dari situ saya belajar banyak perkara dan bukan semata-mata sebagai penyanyi.

“Mahu atau tidak, saya harus lalui. Persembahan juga perlu diteruskan walaupun pada masa sama berdepan masalah rumah tangga,” katanya.

GANDINGAN mantap (dari kanan) Siti Sarah, Misha Omar dan Noryn Aziz menyanyikan 16 lagu secara medley menerusi empat segmen. FOTO Owee Ah Chun
GANDINGAN mantap (dari kanan) Siti Sarah, Misha Omar dan Noryn Aziz menyanyikan 16 lagu secara medley menerusi empat segmen. FOTO Owee Ah Chun

Terdahulu, ketiga-tiga mereka ditemui pada malam ‘sneak preview’ konsert Soul Sisters di Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam tadi.

Pada persembahan selama sejam itu, mereka menyanyikan 16 lagu secara medley menerusi empat segmen.

Antaranya, Lady Marmalade, Cinta Adam & Hawa, Fantasi O Realiti dan Jangan Kau Mimpi pada segmen pertama.

Menerusi segmen kedua, Mulanya Di Sini, Kali Pertama, Akhirnya Kini Pasti, Getaran dan Khayalan.

Pada segmen ketiga, lagu Un-Break My Heart, Run To You, Listen dan Cinta Di Akhir Garisan.

Segmen keempat pula bertemakan ‘empowering soul iaitu lagu I Will Survive, Survivor dan Respect.

Konsert Soul Sisters bakal berlangsung pada malam ini dan esok di Istana Budaya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 April 2019 @ 12:18 AM