ZOEY minta maaf jika ada pihak kurang senang dengan tindakannya hanya memakai ‘boxer’. FOTO Mahzir Mat Isa
ZOEY minta maaf jika ada pihak kurang senang dengan tindakannya hanya memakai ‘boxer’. FOTO Mahzir Mat Isa
Syafil Syazwan Jefri


PELAKON, Zoey Rahman, 34, memohon maaf sekiranya ada pihak yang kurang senang dengan tindakannya memuat naik gambarnya hanya memakai seluar ‘boxer’ di Instagramnya baru-baru ini.

Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman berkata, dia hanya berkongsi gambar produk ‘boxer’ yang dikeluarkannya.

“Saya minta maaf sekiranya ada yang kurang senang dengan gambar dikongsikan di Instagram.

“Ramai salah faham kerana saya cuma berkongsi gambar produk terbaru yang baru saja dilancarkan. Walaupun saya promosikan ‘boxer’, sebenarnya saya masih memakai seluar,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, gambar itu bukanlah terlalu lucah sehingga menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya.

“Saya bukannya berbogel dan kalau dilihat pada gambar itu, tak nampak pun bahagian yang tak sepatutnya,” katanya.

Susulan daripada muat naik itu, Zoey bukan saja menerima kecaman daripada netizen, bahkan ada juga yang menghantar mesej langsung (DM) kepadanya di Instagram yang meminta dia berkongsi gambar alat sulit.

“Ada yang menghantar DM kepada saya dan meminta gambar ‘selebihnya’.

“Ada juga yang komen mengaitkan produk saya dengan golongan LGBT, padahal, boxer itu boleh dipakai oleh lelaki dan wanita,” katanya.

Katanya, dia tiada masa untuk mempromosikan produk terbarunya itu memandangkan sudah hampir masuk Ramadan.

“Takkan saya nak muat naik gambar pada Ramadan. Nanti, lagi teruk saya dikecam. Kalau nak tunggu selepas Aidilfitri, terlalu lama pula. Jadi, saya kongsikan saja sekarang,” katanya.

Terbaru, Zoey sedang menjalani penggambaran drama bersiri Suamiku Mr Blind untuk tayangan Hypptv.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 April 2019 @ 5:32 PM