MARK Adam menasihati penyanyi BBNU supaya tidak terjerumus dengan dadah. FOTO RosdanWahid.
MARK Adam menasihati penyanyi BBNU supaya tidak terjerumus dengan dadah. FOTO RosdanWahid.
Najiy Jefri


PENYANYI Mark Adam menasihatkan agar penyanyi muda atau kini lebih dikenali Budak Baru Nak Up (BBNU) supaya menjauhi najis dadah.

Mark berkata, sebagai pendatang baru yang mewarnai industri seni tempatan, usah sesekali terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

“Saya berharap kepada semua penyanyi muda supaya jangan sesekali terjerumus dalam kancah najis dadah.

“Pengambilan dadah bukan saja akan memusnahkan kerjaya, malah memberi kesan buruk kepada diri sendiri, keluarga dan orang sekeliling,” katanya.

Mark berkata, setiap penyanyi perlu menjadi contoh dan idola kepada masyarakat terutama buat generasi baru.

“Saya bukanlah insan sempurna dan ada kelemahan, namun saya berusaha untuk mengawal diri daripada terbabit dalam perkara negatif.

“Bukan mudah untuk membina nama di negara orang kerana setiap penyanyi mewakili imej negara.

“Jadi saya berharap penyanyi generasi muda beringat dan fikir kesan buruk sebelum melakukan sesuatu perkara. Banyak contoh berlaku depan mata akibat penyalahgunaan dadah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 September 2018 @ 10:54 PM