ANTARA pelanggan yang mendapatkan Sambal Garing Chiang Rai.
ANTARA pelanggan yang mendapatkan Sambal Garing Chiang Rai.
Hajar Umira Md Zaki

Kuala Lumpur: Bermula hanya dengan menjual di stesen minyak, kini Sambal Garing Chiang Rai mampu membina kilang bertaraf industri kecil sederhana (IKS) di Baling, Kedah.

Pengasasnya, Mohd Sajeden Darus berkata, pihaknya menempuh pelbagai cabaran hebat ketika awal penjualan Sambal Garing Chiang Rai.

"Bagaimanapun, kami tidak berputus asa dan Alhamdulillah berkat usaha gigih, kami mampu mengeluarkan 100,000 pek produk sebulan berbanding 100 pek ketika awal penjualan dua tahun lalu.

"Malah, kami turut meletakkan sasaran penjualan sebanyak RM1 juta untuk tahun ini dan kini sudah mencecah 80 peratus," katanya.

Menurutnya, melihat kepada prestasi jualan yang memberangsangkan ini, ia menjadi satu titik permulaan dalam hidup yang dapat membuktikan bahawa anak kampung dapat menempa nama sebaris dengan jenama terkemuka.

Bahkan, dengan pensijilan MeSTI dan halal daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengukuhkan lagi jenama Sambal Garing Chiang Rai di pasaran.

"Kami turut menerima pelbagai maklum balas daripada pelanggan yang berpuas hati dengan produk ini di mana mereka mengatakan rasa sambal ini sesuai dengan selera tempatan ditambah pula dengan kerangupan ikan bilis.

"Produk ini kami tawarkan hanya RM12 bagi pek 120 gram," katanya.

Sementara itu, menurutnya, pihaknya turut membuka peluang kepada golongan yang ingin menjana pendapatan sampingan bersama mereka secara percuma.

"Sehingga kini, kami mempunyai hampir seramai 3,000 wakil jualan di seluruh Malaysia dan kami membimbing mereka dalam cara pemasaran produk secara dalam talian dan secara offline," katanya.

Pelanggan yang berminat boleh mendapatkan Sambal Garing Chiang Rai menerusi wakil rangkaian dengan melayari www.sambalgaring.com atau hubungi di talian 010-810 4020.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 September 2021 @ 8:33 AM