NURUL Sharina dan Ahmad Fakhruddin.
NURUL Sharina dan Ahmad Fakhruddin.
Oleh Hajar Umira Md Zaki


Kuala Lumpur:

Produk tambahan tiga-dalam-satu, Lunalyra menghasilkan keluaran untuk membantu golongan wanita berusia 30-an bagi penjagaan kulit, rambut serta kuku hanya dalam satu pek kecil.

Pengasasnya, Nurul Sharina Mohamad Rosli berkata, Lunalyra mendapat sambutan baik dengan penjualan sehingga 100,000 unit pada tahun pertama.

Melihat kepada sambutan yang baik ini, pihaknya sentiasa memastikan kilang memproses kuantiti lebih banyak bagi mengelak masalah kehabisan stok.

"Jika sebelum ini kita dapat lihat produk lain lebih fokus pada kecantikan kulit sahaja namun Lunalyra tiga-dalam-satu merangkumi tiga manfaat dalam satu pek kecil.

"Malah, kami turut memfokuskan wanita berusia 30-an ke atas kerana ingin membimbing mereka dalam penjagaan kulit, rambut dan kuku.

"Dalam pada itu, kami turut membuat tinjauan pengguna dan mendapati majoriti mereka membeli kerana tidak perlu untuk mendapatkan banyak produk tambahan untuk lain-lain manfaat," katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, Lunalyra mengandungi pelbagai bahan-bahan aktif yang tinggi antioksidan dan vitamin C diimport dari luar negara, serta mendapat kelulusan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).

"Lunalyra mengandungi bahan-bahan tinggi antioksidan daripada tujuh ekstrak buah-buahan, Astaxanthin serta pelbagai jenis vitamin dalam satu paket kecil dan berperisa anggur hitam.

"Bagi produk ini, kita mempunyai 30 pek kecil dalam satu kotak dan boleh didapati pada harga hanya RM130," katanya.

Sementara itu, Pengasas Bersama, Ahmad Fakhruddin Mohd Nasir berkata, pihaknya menyasarkan penjualan sehingga RM10 juta pada tahun ini iaitu tiga kali ganda lebih daripada tahun lalu.

Menurutnya, mereka kini berada di landasan kukuh melihat kepada pencapaian mencecah 40 peratus daripada sasaran penjualan.

"Antara yang menyumbang kepada peningkatan penjualan kami juga adalah dengan perkhidmatan bayar ketika serahan (COD) bagi memudahkan pelanggan membuat pembelian.

"Malah, kami juga dalam perancangan memperbaharui formulasi produk bagi membantu kami mencapai sasaran penjualan sehingga akhir tahun ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Julai 2021 @ 7:02 AM