MILO Rentak Aktif kembali merancakkan gaya hidup aktif rakyat dalam kebiasaan norma baharu. - Foto MILO
MILO Rentak Aktif kembali merancakkan gaya hidup aktif rakyat dalam kebiasaan norma baharu. - Foto MILO
Oleh Mohammad Asyraf Bin Khalib

SUKAN sememangnya sudah sebati dengan jenama MILO sejak 70 tahun dengan komitmen penuh kepada lebih 200 acara sukan setiap tahun.

Sebagai penggerak nadi sukan tanah air, MILO percaya bahawa sukan adalah 'guru' terbaik yang mampu menerapkan nilai-nilai positif dan mendorong seseorang untuk berjaya.

Menerusi pendedahan awal anak-anak dengan aktiviti sukan sejak di bangku sekolah rendah, nilai-nilai positif seperti disiplin, kerja berpasukan, semangat takkan gentar dan keberanian dapat dipupuk dengan baik.

Manfaat gaya hidup aktif juga dapat dilihat menerusi aktiviti bersukan yang membantu mengekalkan tahap tenaga yang tinggi, fokus, keseimbangan fizikal serta memelihara disiplin anak-anak dalam pengurusan masa dan pembelajaran.

Budayakan gaya hidup aktif

Sebagai peneraju gaya hidup aktif, MILO mengambil langkah untuk menyatukan semua program sukan yang diterajuinya seperti MILO Champions Clinic, MILO Hidup Bola dan MILO Activ Jam Senam Aerobik di bawah gerakan bersepadu MILO Aktif Negaraku.

MILO juga komited untuk membudayakan gaya hidup aktif melalui program sukan di setiap peringkat.

Misalnya, MILO Activ Senam Aerobik dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah dasar 1Murid 1Sukan, memupuk minat murid-murid sekolah rendah terhadap sukan dengan cara yang paling asas dan mudah iaitu senamrobik. 

Seiring dengan siri jelajah Abang MILO ke hampir setiap sekolah rendah di seluruh negeri, lebih 2 juta murid bergerak aktif dengan 'MILO Activ Jam Senam Aerobik' setiap tahun.

Ia selaras dengan mesej yang ingin disampaikan menerusi MILO Aktif Negaraku pada tahun ini, gaya hidup aktif bukan hanya milik atlet, tetapi aktif milik semua. Menerusi program sukan di bawah MILO Aktif Negaraku, ada sesuatu untuk setiap orang. 

Kekal aktif dalam norma baharu

Walaupun berhadapan dengan cabaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari, MILO tekad meneruskan program MILO Aktif Negaraku dengan sebahagian besar program kini telah disesuaikan mengikut kebiasaan norma baharu.

Hasilnya, MILO Rentak Aktif diperkenalkan sebagai sebuah program senaman dalam talian yang menerajui gaya hidup aktif rakyat sepanjang PKP.

Inisiatif ini juga memudahkan rakyat, khususnya ibu bapa untuk memupuk gaya hidup aktif dalam kalangan anak-anak mereka.

Sambutan menggalakkan

ImageNg Su Yen, Pegawai Eksekutif Unit Perniagaan MILO, Nestlé (M) Berhad. - Foto MILO

Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Unit Perniagaan MILO, Nestlé (M) Berhad berkata, memandangkan sambutan amat menggalakkan, MILO teruja untuk membawa kembali sesi MILO Rentak Aktif secara dalam talian pada skala yang lebih besar.

"Rakyat masih lagi perlu mematuhi SOP keselamatan dalam tempoh PKPP. Namun, dengan kelonggaran yang dibenarkan, lebih ramai peserta dapat disatukan untuk merancakkan sesi MILO Rentak Aktif pada fasa ini", katanya.

Setiap sesi MILO Rentak Aktif akan dikendalikan oleh empat jurulatih kecergasan. Rakyat Malaysia terutama ibu bapa dan anak-anak dapat memulakan gaya hidup aktif, secara beramai-ramai.

Terdapat lima episod yang telah dirancang, setiap episod bakal menampilkan tetamu selebriti misteri yang mungkin selebriti kegemaran anda.

Episod pertama akan dilancarkan pada Sabtu, 15 Ogos 2020 menerusi strim langsung di saluran Youtube MILO Malaysia: www.youtube.com/user/MILOMalaysia

Satu sesi temu bual istimewa bersama Jaclyn Victor yang juga teraju utama gerakan MILO Aktif Negaraku akan menemui peminat sempena pelancaran episod pertama MILO Rentak Aktif ini di TV3 pada 15 Ogos ini jam 9:45 pagi.

Ayuh sama-sama bergerak dengan MILO Rentak Aktif, layari laman Facebook MILO Malaysia: www.facebook.com/MiloMalaysia/

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Ogos 2020 @ 5:51 PM