Singgah Pengerang menawarkan pengalaman penginapan terbaik untuk semua - FOTO Singgah Pengerang
Singgah Pengerang menawarkan pengalaman penginapan terbaik untuk semua - FOTO Singgah Pengerang
Mohammad Asyraf Khalib

BAGI rakyat Johor, mukim Pengerang pasti tidak asing dalam kalangan warga tempatan.

Selain terkenal dengan industri petroleum, ia juga popular sebagai destinasi percutian ideal kerana dikelilingi pantai, hotel dan tempat menarik.

Jika berkunjung ke sini atas urusan kerja atau percutian hujung minggu, Singgah Pengerang wajib berada dalam senarai hotel pilihan.

Singgah Pengerang adalah hotel kedua selepas Singgah Kertih, diuruskan sepenuhnya oleh KOPETRO Hotel & Resorts Sdn Bhd (KHRSB). 

Pada masa sama, KHRSB turut menawarkan perkhidmatan nasihat bagi pengusaha hotel lain yang mahu mendapatkan khidmat pengurusan hotel daripada KHRSB. 

Image

Singgah Pengerang menawarkan bilik penginapan serba moden dan mewah pada harga mampu milik. Setakat ini, ia menjadi pilihan ahli perniagaan, keluarga dan pelancong tempatan. 

Pengunjung yang menginap di sini tidak perlu risau kerana pelbagai kemudahan asas disediakan untuk keselesaan tetamu. 

Antaranya restoran, kaunter pendaftaran masuk tetamu 24 jam, perkhidmatan bilik, tempat letak kereta serta Wi-Fi percuma. 

Lebih menarik, Singgah Pengerang turut menawarkan bilik penginapan yang selesa, sesuai untuk seisi keluarga. 

Semua bilik di hotel ini turut dilengkapi perabot premium, televisyen dan bilik mandi peribadi dengan rekaan moden, membuatkan pengunjung berat hati untuk pulang. 

Sebagai nilai tambah, tetamu di Singgah Pengerang berpeluang menikmati sarapan yang menyelerakan setiap hari.

Image

Selain tawaran penginapan berkelas premium, hotel ini turut terkenal dengan Singgah Cafe, juga tarikan baharu di Pengerang. 

Ia lokasi paling sesuai untuk anda berehat dan menghabiskan waktu hujung minggu menikmati hidangan makanan dan minuman berkelas premium pada harga berpatutan. 

Singgah Cafe diketuai Chef Taufiq, berpengalaman luas dalam penyediaan makanan. 

Antara menu istimewa yang menjadi kegemaran pengunjung adalah Grilled Scandinavian Salmon, Roast Lamb, Asam pedas Johor dan Mee Rebus Pak Mail.

Mee Rebus Pak Mail adalah hidangan warisan peninggalan arwah ayah Chef Taufiq iaitu Pakcik Ismail yang juga mesra dengan panggilan Pak Mail di sekitar Sungai Rengit, Pengerang.

Untuk beriadah, Singgah Pengerang menawarkan pakej tambahan seperti kunjungan ke ladang buah dan taman haiwan. 

Sesuai dengan kawasan hotel yang berada berhampiran pantai, aktiviti berbasikal dan memancing juga antara tarikan utama di sini. 

Desaru terletak 17 kilometer (km) dari Singgah Pengerang dan lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, dengan jarak 65km dari hotel ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari laman web www.singgah.com.my dan ketahui tawaran terbaharu di Facebook Singgah Pengerang, Instagram @singgahpengerang atau emel  [email protected]

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 April 2021 @ 5:16 PM