CAPTAIN America antara yang menanti.
CAPTAIN America antara yang menanti.
Suliati Asri


Walau hanya berwefie dengan selebriti terkemuka dunia dan figura pemimpin dunia terkenal, ia sudah cukup mengujakan.

Maklum saja, jika ingin bergambar secara langsung dengan mereka, ia bukan sesuatu yang mustahil tetapi mengambil masa untuk menjadi kenyataan.

Mungkin juga sesuatu yang tidak akan terlaksana.

Bergambar bersama Song Joong Ki, pelakon Korea yang membintangi Descendants of The Sun, Jennifer Lawrence yang juga watak utama dalam filem Hunger Games, si kacak Tom Cruise dan Harry Potter pastinya membuatkan anda pulang dengan senyuman lebar.

HARRY Potter antara patung lilin yang menanti di Red carpet 2 @i-City.
HARRY Potter antara patung lilin yang menanti di Red carpet 2 @i-City.

Kini, anda tidak perlu lagi membeli tiket penerbangan yang mahal atau bersesak untuk bergambar dengan bintang pujaan kerana sebaik memasuki Red Carpet 2 @i-City, Shah Alam, anda bebas merakam sebanyak mana gambar bersama 100 patung lilin pemimpin dunia dan selebriti terkenal.

Muzium Patung Lilin Interaktif, Red Carpet 2 @i-City yang mula dibuka kepada orang ramai pada 15 Ogos lalu ini satu lagi destinasi menarik yang mesti dikunjungi.

Walaupun sebelum ini anda sudah memasuki satu lagi muzium patung lilin Red Carpet yang juga dalam kawasan i-City, Red Carpet 2 @i-City ini tampil dengan pelbagai pembaharuan dan lebih interaktif serta menarik.

MENGAMBIL gambar persis bersiar-siar menaiki basikal bersama Mr Bean cukup mengujakan.
MENGAMBIL gambar persis bersiar-siar menaiki basikal bersama Mr Bean cukup mengujakan.

Pembukaan Red Carpet 2 ini bertujuan menambah tarikan baru kepada pengunjung selain taman tema dan taman berlampu digital.

Dibina di dalam bangunan dua tingkat seluas lebih 30,000 kaki persegi dengan zon dalaman dan luaran, Red Carpet 2 ini terbahagi kepada 10 kategori iaitu Super Hero, Kerabat Diraja, sejarah, ketua negara, Sci-fi/ magical, Korporat/ Teknologi, Angkasa, K-Pop, Bintang Pop dan Oscar.

Red Carpet 2 ini dilengkapi elemen teknologi canggih dan lebih bercahaya dengan lampu bagi memberi kelainan serta patung lilin tampak asli.

Ia juga lebih menghiburkan kerana anda boleh melihat sendiri selebriti terkemuka di dunia yang terdiri daripada pemenang Anugerah Oscar, artis K-Pop, superhero dan figura pemimpin dunia seperti Donald Trump serta Vladimir Putin.

BOLEH bergambar bersama pemimpin dunia antaranya Donald Trump.
BOLEH bergambar bersama pemimpin dunia antaranya Donald Trump.

Menariknya, pengunjung bukan saja boleh bergambar tetapi turut menyentuh dan berinteraksi bersama patung lilin ikon terkenal yang menjadi kegemaran.

Bagi peminat superhero Marvel iaitu Logan, Hulk, Spiderman, Captain America, Black Widor dan Thor, Red Carpert 2 akan menemukan anda dengan patung lilin mereka.

Pengunjung juga pastinya semakin teruja saat melalui set penggambaran yang disertakan dengan watak utama mereka antaranya Bruce Lee, Jackie Chan dan Lee Ming Ho. Bintang terkemuka Aishwarya Rai yang ayu duduk di kerusi berlatarbelakangkan Taj Mahal cukup mempesonakan.

Menerusi kawasan yang lebih luas ini, pengunjung pastinya lebih selesa melihat apa yang disajikan di sini dan sudah pasti kepulangan anda penuh kenangan terindah.

PENGUNJUNG bergambar kenangan bersama patung lilin yang terdapat di Red Carpet 2 @i-City.
PENGUNJUNG bergambar kenangan bersama patung lilin yang terdapat di Red Carpet 2 @i-City.

Bayaran dewasa dengan MyKad RM100/ pelancong asing RM150 dan kanak-kanak dengan MyKid (RM50)/kanak-kanak pelancong asing RM100 nyata berbaloi dengan apa yang akan disaksikan di dalam Red Carpet 2 @i-City ini.

Menambahkan keterujaan selepas selesai meneroka di dalam muzium patung lilin interaktif ini, zon luar yang dibuka secara percuma kepada orang ramai juga tidak kurang hebatnya. Dilengkapi lampu LED selain lukisan superhero di keliling dinding bangunan, suasana yang dirasai di kawasan ini cukup mengujakan.

Ia nyata bertambah menarik saat dikunjungi ketika malam. Inginkan cuti hujung minggu yang mengujakan, kunjungan ke Red carpet 2@i-City pastinya tidak akan mengecewakan sebaliknya membuatkan anda pulang dengan kenangan terindah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Oktober 2017 @ 10:44 AM