Mayat Mohd Khairul Lizam yang ditemui 10.40 pagi tadi. FOTO ihsan bomba
Mayat Mohd Khairul Lizam yang ditemui 10.40 pagi tadi. FOTO ihsan bomba
Oleh Siti Rohana Idris

Tumpat: Mayat dua sahabat yang tenggelam di Lagun Seri Tujoh berhampiran Kampung Sungai Tapang, di sini, semalam, ditemui pagi tadi.

Mayat Mohd Faiz Haikal Mohd Firdaus, 8, ditemui terapung oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bomba pada 7.55 pagi, manakala mayat Mohd Khairul Lizam Zulkifli, 11, ditemui pada 10.40 pagi.

Ketua Balai Bomba Pengkalan Kubor Penolong Penguasa Bomba Bustan Karudin, berkata, mayat mereka dibawa ke Hospital Tumpat untuk dibedah siasat

"Dengan penemuan mayat kedua-dua mangsa, operasi dihentikan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 November 2015 @ 12:01 PM