Samsulbahri (tiga kiri) menerima replika kunci Honda HR-V daripada Nazri (dua kiri).
Samsulbahri (tiga kiri) menerima replika kunci Honda HR-V daripada Nazri (dua kiri).

Kuala Lumpur: Easy by RHB Banking Group (Easy RHB) dan MCAT Box Office Sdn Bhd (MBO) mencatatkan hampir tiga kali ganda perbelanjaan runcit masing-masing menerusi penggunaan Kad Debit Easy sepanjang peraduan ‘Easy-MBO Watch and Win A Honda HR-V Contest’.

Ketua Perbankan Runcit Kumpulan RHB Nazri Othman berkata, Easy RHB mewujudkan kehadiran jenama kukuh dalam segmen pasaran semasa sejak 2009.

“Pelaksanaan kali ini selaras usaha mengukuhkan kelebihan persaingan, mengembangkan capaian kepada pelanggan dan menembusi pasaran dengan cara memanfaatkan rakan kerjasama,” katanya pada majlis penyampaian hadiah peraduan ‘Easy-MBO Watch and Win A Honda HR-V Contest’, di sini, semalam.

Dalam pertandingan berlangsung dari 1 Mei hingga 31 Ogos lalu, pelanggan perlu membelanjakan RM20 dengan Kad Debit Easy di pawagam MBO untuk melayakkan diri memenangi kereta Honda HR-V yang dimenangi Samsulbahri Abdul Rahman bernilai hampir RM100,000.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Oktober 2015 @ 6:48 AM