Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Seorang anggota polis ditembak manakala seorang lagi ditetak oleh seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis Ulu Tiram di sini pada awal pagi hari ini.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira 2 pagi hari ini apabila suspek seorang lelaki bangsa tidak dikenalpasti yang bertopeng dan berpakaian gelap menyerang balai polis berkenaan dengan bersenjatakan parang.

Beliau berkata, suspek mencederakan dua anggota polis yang bertugas dan merampas dua senjata serta melepaskan dua das tembakan terhadap seorang anggota yang bertugas menyebabkan kecederaan di bahagian bahu serta perut.

Menurutnya, mangsa yang terbabit dikenali sebagai Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar yang ditetak di bahagian belakang leher dan kepala dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said (ditembak di bahagian perut dan lengan).

Katanya, kejadian juga mengakibatkan kematian.

Sementara itu, usaha mendapatkan pengesahan kes berkenaan daripada polis masih gagal sehingga kini.

Berita berkaitan:

Balai polis diserang: 2 anggota, suspek maut

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mei 2024 @ 8:50 AM