Oleh Hayati Ibrahim


Putrajaya: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyekat laman sesawang yang mempromosi, menyebarkan maklumat dan menggalakkan orang ramai untuk turut serta dalam perhimpunan haram pada 29 Ogos ini.

SKMM dalam kenyataannya berkata, ini kerana penganjuran perhimpunan itu boleh mengganggu gugat kestabilan negara.

"Sehubungan itu, SKMM ingin mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat di laman sesawang dan media sosial, terutama kandungan yang boleh menyalahi mana-mana undang-undang negara.

"Sebarang maklumat mengenai laman sesawang dan media sosial yang dipercayai menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan kestabilan negara, ketenteraman awam dan kestabilan ekonomi boleh dimajukan kepada pihak SKMM di [email protected] (http://aduan.skmm.gov.my)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Ogos 2015 @ 3:14 PM