RAMONA dan Rami.
RAMONA dan Rami.
Oleh Wahi Aziz


Pelakon Ramona Zam Zam, 25, mengakui sejak dulu lagi dia memang sukakan kanak-kanak.

Malah, perasaan itu semakin membuak-buak sejak berumah tangga dengan jejaka Palestin, Rami Alash­kar pada 1 Mei lalu.

Kata Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, 25, keterujaan terhadap kanak-kanak membuatkan dia lebih cenderung mencari pelbagai maklumat berhubung selok-belok dunia anak kecil.

Malah, kecenderungannya berkongsi pelbagai maklumat termasuk aspek kesihatan, pemakanan dan pembesaran kanak-kanak di Facebook, baru-baru ini menimbulkan tanda tanya mengenai kemungkinan dia kini berbadan dua.

“Mana pula datang cerita ini? Tidaklah, mana ada saya mengandung. Saya dan suami merancang sebenarnya. Setakat ini memang belum lagi.

“Kalau ada yang salah anggap dengan status di Facebook saya, itu cuma salah faham bukan memberi gambaran apa-apa sebenarnya.

“Saya memang sukakan bayi dan kanak-kanak dari dulu. Sebab itu saya suka baca dan kongsi maklumat mengenainya dengan umum,” katanya.

Tambahnya, pendirian itu bukan bererti dia mahu mencatur takdir dan rezeki sendiri, tetapi sekadar merancang keluarga seiring kestabilan mereka berdua terlebih dulu.

“Kami baru saja berkahwin dan banyak aspek lain termasuk kewangan dan kerjaya perlu diperkukuh­kan sebelum mengembangkan keluarga.

“Tapi, jujurnya saya cakap saya mahu rehat dulu. Jadual kerjaya agak padat dan sibuk sekarang. Mungkin selepas 2016, Insya Allah sebab kami tak mahu terburu-buru,” katanya yang sibuk dengan penggambaran drama 13 episod, Plan Cinta Tak Jadi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Ogos 2015 @ 2:57 PM