RAMONA rasa bertuah suami beri kebebasan berlakon dan tak letak sebarang syarat dari segi watak.
RAMONA rasa bertuah suami beri kebebasan berlakon dan tak letak sebarang syarat dari segi watak.
Oleh Ramlah Zainal

Tiada istilah memperlahankan aktiviti seni buat pelakon Ramona Zam Zam, 25, selepas berumah tangga.

Sejak berkahwin dengan warga Palestin, Rami Alashkar, 27, sembilan bulan lalu, dia tetap tidak menang tangan memenuhi undangan berlakon hingga sekarang.

Ramona juga bertuah kerana suami merestui minatnya yang mendalam dalam bidang seni tanah air.

“Saya sangat bahagia dalam melayari kehidupan berumah tangga. Kami juga masih dalam ‘mood’ berbulan madu walaupun sudah sembilan bulan berkahwin.

“Suami saya bukan saja romantik, bersopan santun dan penyayang , malah dia melayan saya seperti ‘permaisuri’ di rumah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 January 2016 @ 6:49 AM