RAMONA tak hirau gosip negatif yang terpalit pada dirinya.
RAMONA tak hirau gosip negatif yang terpalit pada dirinya.
Oleh Norhayati Nordin


Meskipun kisahnya jarang menjadi paparan media, namun apabila cerita membabitkan pelakon Ramona Zamzam, 25, tersiar, ia pasti berbaur negatif.

Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam sering dilabel sebagai perampas kekasih orang atau menjadi orang ketiga dalam terlerainya hubungan cinta insan lain.

Malah, tahun lalu Ramona dikatakan menjadi punca kepada putusnya hubungan cinta pasa­ngan pelakon Dazrin Kamaruddin dan Amyra Rosli hingga majlis pernikahan mereka dibatalkan.

Walaupun terluka dengan dakwaan itu, Ramona lebih selesa membiarkannya saja dan enggan melayan.

“Walaupun perkara merampas kekasih orang atau menjadi pihak ketiga itu tidak pernah saya lakukan, tetapi tanggapan masyarakat sudah begitu. Penjelasan sebenar diberikan sukar diterima.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mac 2015 @ 6:40 AM