KEADAAN kenderaan yang terjunam ke dalam sungai.
KEADAAN kenderaan yang terjunam ke dalam sungai.
Oleh Siraj Mohd Zaini

Kajang: Orang ramai yang menggunakan Jalan Sungai Lalang, Semenyih, dekat sini, gempar apabila melihat sebuah kereta mewah terjunam ke dalam Sungai Batangsi, semalam.

Dalam kejadian jam 8.15 pagi itu, beberapa pemandu kenderaan berhenti di tepi sungai berkenaan untuk melihat keadaan kereta sebelum menghubungi bomba untuk bantuan.

Difahamkan, ketika kenderaan Mercedes-Benz itu ditemui orang awam, tiada sesiapa mengaku pemilik kereta itu ataupun melihat mangsa di sekitar lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.35 pagi sebelum sepasukan enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih ke lokasi kejadian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Julai 2015 @ 7:13 AM