Mohd Hasbi Sidek


Kajang: Mayat lelaki berusia 33 tahun ditemui tergantung pada dahan pokok di tepi Sungai Batangsi, dekat Kampung Pasir, Jalan Sungai Lalang, Semenyih, di sini, pagi semalam.

Mayat ditemui orang ramai sebelum memaklumkan kejadian kepada polis jam 10.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, sepasukan polis bergegas ke lokasi dan ketika tiba kami mendapati lelaki berkenaan sudah meninggal dunia.

"Mayat tergantung pada dahan pokok setinggi kira-kira tiga meter menggunakan kabel.

"Tiada kesan kecederaan ditemui pada badan mangsa, namun mayat dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat. Sehingga kini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Oktober 2016 @ 3:19 PM