Anggota bomba mengusung wanita yang terkandas di puncak Bukit Broga akibat masalah kesihatan pagi tadi. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba mengusung wanita yang terkandas di puncak Bukit Broga akibat masalah kesihatan pagi tadi. FOTO ihsan bomba
Oleh Siraj Mohd Zaini


Semenyih : Wanita berusia 50 tahun terkandas di puncak Bukit Broga kerana mengalami masalah kesihatan, kira-kira 7.30 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sejurus kejadian dan sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih ke lokasi kejadian.

"Mangsa yang menghidap darah tinggi turut pitam dan muntah-muntah ketika berada di atas puncak bukit berkenaan.

"Anggota bomba menggunakan pengusung untuk membawa mangsa turun," katanya.

Mohd Sani berkata, mangsa kemudiannya dibawa dengan ambulans ke Hospital Kajang untuk dirawat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Oktober 2015 @ 5:18 PM