JAMBATAN kaca paling tinggi dan terpanjang di dunia ini bukanlah untuk mereka yang takut pada ketinggian.
JAMBATAN kaca paling tinggi dan terpanjang di dunia ini bukanlah untuk mereka yang takut pada ketinggian.
LALUAN yang menggayatkan ini tergantung antara dua tebing di Grand Canyon Zhangjiaji.
LALUAN yang menggayatkan ini tergantung antara dua tebing di Grand Canyon Zhangjiaji.
TERDAPAT perancangan untuk mengadakan pertunjukan fesyen di jambatan kaca ini.
TERDAPAT perancangan untuk mengadakan pertunjukan fesyen di jambatan kaca ini.
DENGAN pemandangan yang menakjubkan, ia dinobatkan sebagai jambatan julur terpanjang di dunia.
DENGAN pemandangan yang menakjubkan, ia dinobatkan sebagai jambatan julur terpanjang di dunia.
HANYA 30 pengunjung dibenarkan berada di laluan ini  pada satu masa bagi memastikan pelawat mempunyai ruang mencukupi untuk menikmati pemandangan.
HANYA 30 pengunjung dibenarkan berada di laluan ini pada satu masa bagi memastikan pelawat mempunyai ruang mencukupi untuk menikmati pemandangan.

Sekiranya anda takut pada ketinggian, sebuah jambatan kaca yang bakal dibuka di China bukanlah lokasi pilihan untuk anda.

Laluan pejalan kaki yang dibina pada ketinggian 298 meter itu dianggap paling menggerunkan di dunia.

Tarikan terbaru di China itu terletak di Zhangjiajie Grand Canyon dan dijangka memecah rekod jambatan kaca terpanjang dan tertinggi di dunia.

Jambatan yang menggayatkan itu terletak di antara dua tebing tinggi di taman negara Zhangjiajie dan akan dibuka kepada pelancong Julai depan.

Apabila dibuka kelak, pengunjung berpeluang melihat pemandangan wilayah Hunan yang menakjubkan ketika berjalan di laluan sepanjang 429 meter itu.

Pengunjung tidak perlu risau dengan keselamatan mereka kerana jambatan selebar 5.79 meter itu mampu menampung hingga 800 orang pada satu masa.

Terdapat juga perancangan untuk mengadakan pertunjukan fesyen di laluan itu yang terkenal dengan keindahan bentuk muka buminya.

Pemandangan taman negara Zhangjiajie dijadikan inspirasi untuk planet Pandora dalam filem Avatar.

Laluan yang direka oleh arkitek dari Israel, Haim Dotan itu dengan mudah mengatasi jambatan Grand Canyon Skywalk di Amerika Syarikat.

Jambatan Grand Canyon Skywalk mempunyai laluan sepanjang 20.7 meter dan dibina pada ketinggian 218 meter.

Selepas menghabiskan perjalanan di laluan yang menggerunkan itu, pelancong boleh menguji keberanian mereka dengan mencuba terjunan bungee.

Terjunan bungee dari laluan itu juga adalah yang tertinggi di dunia, sekali gus merampas gelaran dari Menara Macau yang mempunyai terjunan bungee setinggi 232 meter.

Bulan lalu, satu pelantar laluan pejalan kaki yang menggerunkan dibuka di Chongqing, barat daya China.

Pelantar itu mempunyai laluan kaca sepanjang 26.67 meter yang ‘tergantung’ di atas lembah sedalam 716 meter.

Ketinggian pelantar itu memberi pengalaman seperti berjalan di udara kepada pengunjung.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mei 2015 @ 9:51 AM