PENGUNJUNG berduyun-duyun melawat tarikan terbaru di China itu.
PENGUNJUNG berduyun-duyun melawat tarikan terbaru di China itu.
ALUAN kaca yang dikenali sebagai Gelung Cenuram Naga dibuka di Gunung Tianmen, Zhanjiajie, selatan China.
ALUAN kaca yang dikenali sebagai Gelung Cenuram Naga dibuka di Gunung Tianmen, Zhanjiajie, selatan China.
SEORANG pengunjung memimpin tangan pasangannya sambil berjalan di atas laluan berkaca itu.
SEORANG pengunjung memimpin tangan pasangannya sambil berjalan di atas laluan berkaca itu.
LALUAN pejalan kaki berkaca pertama di Tianmenshan yang dibuka pada November 2011.
LALUAN pejalan kaki berkaca pertama di Tianmenshan yang dibuka pada November 2011.
JAMBATAN kaca bernilai  £2.6 juta di taman negara itu dibuka pada Mei lalu.
JAMBATAN kaca bernilai £2.6 juta di taman negara itu dibuka pada Mei lalu.
Agensi

Satu lagi laluan berkaca dibuka kepada pengunjung yang berani untuk berjalan di lereng Gunung Tianmen, di Taman negara Tianmenshan, Zhangjiajie, China.

Laluan yang digelar Gelung Cenuram Naga itu dibuka 1 Ogos lalu dan sudah menerima kedatangan ratusan pengunjung yang mahu mencabar keberanian mereka.

Laluan sepanjang 100 meter dan seluas 1.5 meter lebar itu terletak pada ketinggian 1,402 meter dari paras laut.

Ia laluan kaca untuk pejalan kaki ketiga dibuka di taman negara itu, yang sebelum ini lantainya dibina menggunakan kayu.

Kawasan pergunungan itu popular dalam kalangan pengunjung kerana pemandangan semula jadinya yang luar biasa.

Beberapa gambar menunjukkan pengunjung berjalan berhati-hati di sepanjang tembok tebing itu, dengan ada yang mengelak untuk melihat ke bawah menerusi lantai kaca.

Laluan pejalan kaki pertama di taman negara itu dibuka pada November 2011 dan sejak itu ia menarik perhatian beribu-ribu pengunjung yang mahu merasai pengalaman berada di tebing gunung.

Lantai kaca di laluan itu hanya setebal 6.3 sentimeter dan ramai pengunjung dilihat cemas apabila berjalan di atasnya.

Sementara itu, tarikan kedua, jambatan kaca merentasi gaung di taman negara itu dibuka Mei lalu dan dilaporkan menelan belanja £2.6 juta (RM13.7 juta).

Pengunjung juga berpeluang membuat terjunan bungee dan aktiviti flying fox dari struktur menakjubkan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Ogos 2016 @ 2:20 PM