Aplikasi peranti pintar Findit ialah platform bersepadu pertama seumpamanya di Malaysia yang boleh digunakan untuk mencari kalangan perniagaan tempatan, mencari peluang perniagaan, iklaneka dan akan diperkenalkan juga tempat pasaran.

Aplikasi carian berasaskan lokasi ini menilai semula kaedah pengguna di negara ini untuk mencari maklumat mengenai perniagaan tempatan dan bagaimana mereka hendak berhubung dengan perniagaan berkenaan.

Dengan sasaran membawa pengguna dan perniagaan bersama-sama secara lebih berkesan dan bersepadu, Findit menyediakan capaian kepada maklumat dengan lebih berkesan di sekitar mereka menggunakan platform mudah alih yang mudah digunakan.

Ketua Bahagian Pemasaran dan Produk, Findit Services Sdn Bhd, Manav Sethi berkata, ditambah dengan peta dan alat tujuk arah, pelanggan boleh mencari lokasi dengan mudah walaupun tidak mahir dengan tempat itu.

“Aplikasi ini memiliki fungsi yang membantu perniagaan mempromosikan nilai terbaik serta memberi diskaun untuk menarik lebih ramai pelanggan,” katanya.

“Menerusi fungsi perkadaran dan reviu pelbagai kefungsian aplikasi ini, pengguna boleh menyampaikan pendapat mengenai produk atau perkhidmatan yang dicari, malah boleh juga dikongsikan dengan pengguna lain,” katanya lagi.

Menurut Manav, Findit berkhidmat sebagai pemboleh kepada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk lebih mudah ditemui, sekali gus mengembangkan perniagaan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 April 2015 @ 10:28 AM