Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Penduduk sekitar daerah Johor Bahru, Nusajaya serta sebahagian kawasan Kulaijaya dan Senai berdepan masalah gangguan air selepas kejadian tumpahan minyak diesel berlaku di Sungai Johor, awal pagi tadi.

Syarikat Air Johor (SAJ) menerusi laman web rasminya berkata, gangguan bekalan air itu dijangka sehingga malam ini selepas gangguan memakan masa hampir sepuluh jam.

Menurut SAJ, Sungai Johor adalah sumber utama bekalan air bersih bagi loji rawatan air Sungai Johor dan Semangar dekat Kota Tinggi, yang masing-masing berkapasiti 318.23 juta liter sehari.

"Loji terbabit terpaksa menghentikan operasi sehingga usaha pembersihan yang sedang dijalankan siap sepenuhnya petang ini," katanya.

Kedua-dua loji terbabit membabitkan sebanyak 250,000 akaun pengguna.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 April 2015 @ 6:00 PM