GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Omar Ahmad

Johor Bahru: Loji Rawatan Air (LRA) Semangar kembali beroperasi pada kapasiti penuh bermula hari ini.

Ranhill SAJ dalam kenyataan hari ini memaklumkan tangki terbabit mencapai paras normal untuk membekalkan air bersih terawat kepada pengguna yang terjejas akibat kerosakan dua unit alat pengubah arus elektrik sejak Rabu lalu.

"Enam kawasan di Kulai, Senai, Pulai, Seelong, Skudai dan Kempas pulih sepenuhnya. Ranhill SAJ mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesabaran anda menghadapi keadaan gangguan bekalan air luar jangka ini.

"Sekiranya masih terdapat sebarang masalah bekalan air bersih di kawasan terpencil, sila berhubung terus melalui medium rasmi aduan Ranhill SAJ untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya.

Pada Rabu lalu, berlaku kebakaran dua unit alat pengubah arus elektrik di LRA terbabit yang menyebabkan lebih 100 kawasan mengalami gangguan bekalan air bersih.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Oktober 2021 @ 1:39 PM