Oleh Siti A'isyah Sukaimi


Putrajaya: Kuota haji bagi jemaah haji Malaysia pada musim haji tahun ini masih kekal seramai 22,320 jemaah seperti sebelum ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jumlah berkenaan adalah pengurangan 20 peratus daripada kira-kira 29,000 jemaah bagi kuota haji Malaysia sejak 2013 yang dikurangkan bagi memberi laluan kepada penambahbaikan di kawasan Masjidil Haram.

"Pengurangan kuota jemaah haji ini menyebabkan kita perlu menunggu kira-kira 66 tahun untuk menunaikan ibadat haji.

"Berikutan itu, dalam mesyuarat semalam bersama Kerajaan Arab Saudi semalam, saya menyampaikan surat daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan surat saya bagi mempertimbangkan berkenaan kuota haji Malaysia," katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba dari Jeddah di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mac 2015 @ 2:07 PM