Oleh: Siti Nor Hidayatidayu Razali

Kota Bharu: Seorang rakyat Malaysia berusia 45 tahun cedera ditembak dalam kejadian di sebuah pusat hiburan di Sungai Golok, Thailand 4.30 pagi tadi.

Sumber Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla berkata, mangsa, Suhaimi Ali, 45,yang berasal dari Kota Bharu menerima rawatan di Hospital Sungai Golok dan dilaporkan stabil.

Katanya, suspek dipercayai warganegara Thailand yang menembak mangsa.

"Motif kejadian masih belum diketahui dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mac 2015 @ 2:13 PM