Letupan gudang mercun di Narathiwat, Thailand. FOTO AFP
Letupan gudang mercun di Narathiwat, Thailand. FOTO AFP
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit insiden letupan dekat Pasar Mundok di Sungai Golok, Narathiwat, Thailand.

Kementerian itu menerusi kenyataan berkata, laporan awal letupan berlaku di gudang penyimpanan bunga api dan mercun yang menyebabkan sembilan kematian serta 114 orang mengalami kecederaan.

"Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla menerusi talian +6674311062 atau +66936570707 (untuk kecemasan) atau emel [email protected]," katanya.

Menurut kenyataan, sebarang perkembangan terkini mengenai insiden itu akan dimaklumkan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Julai 2023 @ 11:38 PM