Lemah lembut adalah perkataan yang sering digunakan untuk menggambarkan Moon Chae Won. Aktres jelita berusia 29 tahun itu lebih dikenali dengan watak wanita penuh kesopanan seperti dalam drama The Princess Man, Arrow dan The Ultimate Weapon.

Bagaimana agaknya apabila Chae Won berlakon dalam drama romantik komedi Love Forecast arahan Park Jin Pyo dan digandingkan dengan Lee Seung Gi sebagai kekasih.

Chae Won akui sedikit tertekan melakonkan watak itu kerana bimbang tidak dapat merealisasikan karakter itu dengan baik. Katanya, dia terpaksa menjadi wanita comel namun sukar didampingi.

"Pengarah mahu saya menjadi wanita yang boleh menawan hati lelaki yang melihatnya. Perkara itu sukar dilaksanakan. Namun, dia banyak memberi bantuan hingga saya mampu melakonakan watak itu dengan baik.

"Saya juga gembira dapat bekerjasama dengan Seung Gi. Kalau bukan dalam lakonan, dengan perwatakan Seung Gi pasti saya akan jatuh hati. Malangnya sikap sebenar Seung Gi berbeza daripada karakternya dalam filem itu," katanya sambil ketawa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Februari 2015 @ 5:01 AM