Kang Ye Won
Kang Ye Won
Agensi

Seoul: Keputusan ujian positif pelakon Kang Ye Won menambah lagi bilangan bintang Korea Selatan yang positif Covid-19.

Agensi J-Wide Company yang menaungi pelakon wanita itu berkata, Ye Won sebenarnya sudah melakukan ujian swab akhir bulan lalu dan hasilnya negatif.

"Ye Won mendapat keputusan negatif Covid-19, Khamis lalu. Namun, kerana keadaan kesihatannya tidak memuaskan, dia kembali menjalani ujian swab, Sabtu lalu dan disahkan positif, kelmarin," kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Pelakon drama Bad Guys itu kini sedang menjalani kuarantin kendiri dan mengikuti panduan selanjutnya daripada kerajaan.

Keputusan positif ini dikeluarkan ketika dia sedang terbabit dalam drama dari JTBC berjudul Just One Person.

Dalam pada itu, dikatakan pula bahawa Ye Won menjalani ujian Covid-19 atas cadangan pasukan produksi drama ketika dia sedang bercuti seperti kenyataan Allkpop. 

Kru drama juga menjalani ujian serupa dan semua menerima keputusan negatif.

Begitu juga dengan pelakon lain kerana memiliki jadual penggambaran berbeza dengan Ye Won.

Pengurus dan semua kontak rapat Ye Won juga sudah menjalani ujian dan hasilnya negatif.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Oktober 2021 @ 10:24 AM