PEGAWAI dari KKM menahan doktor palsu di Jalan Pasar.
PEGAWAI dari KKM menahan doktor palsu di Jalan Pasar.
Mohd Fadly Samsudin dan Fardy Bungga


Kuala Lumpur: Berlakon sebagai doktor gigi bertauliah dan memilik ijazah dari universiti ternama di China. Itu dilakukan sekumpulan 'doktor gigi' haram warga asing yang dikesan aktif menjalankan kegiatan pembedahan di kaki lima jalan.

Kumpulan 'doktor hantu' ini mendakwa memiliki kebolehan unik menanam serta-merta gigi palsu kepada pelanggan dalam tempoh masa kurang 30 minit.

Malah mereka ini yang tidak menitik beratkan aspek kebersihan dan keselamatan pelanggan turut menawarkan khidmat menampal gigi rosak serta merapatkan gigi yang jarang.

Mereka dipercayai sindiket sama beroperasi di sekitar Jalan Pasar di sini, sejak lebih dua tahun lalu dan menjadikan pengunjung pasar Pudu sebagai sasaran operasi.

Kegiatan mereka bagaimanapun ditumpaskan selepas sepasukan 35 pegawai Bahagian Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta KKM Wilayah Persekutuan melakukan serbuan di lokasi itu jam 11 pagi semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 January 2015 @ 5:09 AM